awokpenyu

@ awokpenyu.photography (JM0584257-H)

Fotografi Kanak-Kanak

DYN_1730

Genre fotografi kanak-kanak di Malaysia sudah lama bertapak namun pasaran untuk genre ini amatlah terhad. Mungkin ini di sebabkan oleh pelbagai faktor. Di antaranya adalah harga DSLR yang semakin murah berbanding 5-7 tahun dahulu. Tambahan persepsi masyarakat Malaysia tentang perkhidmatan fotografi kanak-kanak tidak lah sepenting fotografi perkahwinan.

Namun sentuhan dari mereka yang terlibat secara langsung dalam industri fotografi ini berlainan berbanding dengan hasil oleh mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam industri fotografi. Ini kerena produk akhir yang dihasilkan bukan hanya sekadar sekeping gambar tetapi suatu penceritaan.
http://www.smileycodes.info
Bagi awokpenyu, genre ini amat menarik berbanding genre yang lain-lain. Kanak-kanak itu sendiri mempunyai nilai "gambar" yang sangat tinggi.

"Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala)" (HR. Bukhari)

Sejuk mata bila memandang mereka. Hati menjadi tenang dan tenteram. Teletah mereka membuat kan kita ketawa. Kehadiran mereka memberi definasi baru dalam kehidupan bekeluarga. Meraka adalah permata kita semua. Sayangi dan kasihi lah mereka kerana mereka adalah anugerah Allah yang tak ternilai buat kita.

DYN_1708

DYN_1307

DYN_1460

DYN_1464

DYN_1450

Kids banner