awokpenyu

@ awokpenyu.photography (JM0584257-H)

Anak + Dera = Sinonim?

http://www.smileycodes.info
ish ish ish....
Mutakhir ini banyak betul kes dera , terutamanya kanak-kanak. Yang terbaru kes di Kuantan dimana seorang pembantu rumah mencampak-campak anak majikannya yang berusia 4 bulan????!!

Aku tak faham kenapa lah ssanggup buat begitu rupa. Tapi aku faham, memang sangat stress jaga budak yang menagis tak berhenti. boleh naik "antu". Tapi jangan la melampaui batas. Ikut pengalaman sendiri memang stress sampai jerit-jerit ..hahaha... tapi xde lah sampai taha nk baling-baling, campak-campak. Fikirkan kesan / akibat nya nanti.
http://www.smileycodes.info
Mana lah budak tu tahu apa-apa. Kalau dia bercakap dah lama dia cakap kenapa dia menangis. "Parenting" ni perlu ilmu. Kalau tidak ada ilmu memang susah/lambat nak faham apa yang berlaku / apa nak buat etc. jadi bagi bakal-bakal ibu dan bapa bacalah buku-buku keibubapaan atau apa-apa buku tentang kanak-kanak. Sediakan diri dengan ilmu. Belajarlah sampai bila-bila...jadikan membaca aktiviti mesti
(nasihatkn diri sendiri) heee...
reading
Cer tgk2 bdk-bdk ni. Sanggup ke dera? Tapi bila mereka nakal mmg kena dera pun. hahaha.. tp xla teruk sgt..biase2 je..heee ada saksi boleh buktikan ;D
action sight seeing DYN_7413

Love em, show em your love, your affection. They are your children. Fikirkan, berapa ramai yang sanggup berabis berpuloh ribu buat IVF, IUI sebab nak dapat anak. Yang senang dapat anak senang-senang buang, dera, campak sana campak sini. Yang kejam tu aku lebel kan "bodoh bertingkat-tingkat" Pegi mati lagi baik. HAH ! Geram tgk...Moga Allah beri hidayah pada kamu.

Kids banner

Apa nak buat?

Hooohaaa
Time - time bosan duk umah apa nak buat eh?
http://www.smileycodes.info
ooeee..senang je. Kan ada komera. Alang-alang xde benda nak buat, asahlah bakat bersama anak-anak.  Haaa..maka oleh yang demikian, jadilah hasil berikut..ehehe..
DYN_6194 DYN_6196 Bukan apa..dah ada model free, kita utilize sepenuhnya idea yang ada di kepala. ehehe.. Tapi tidak lah se-extreme mana. Mereka pun rela. hehe . Boleh blaja timing, lighting pada situasi susah etc.. alasan utk menjustifikasikan tindakan. hahaha...

Tapi tak lah semua aksi-aksi "teruk". ada lagi aksi-aksi yg santai dan bersahaja. Gambar yang melihatkan kemesraan adik-beradik ni. Pepatah ada mengatakan, sekeping gambar boleh menceritakan seribu cerita. Tapi dalam kes budak berdua ni jauh panggang dari api. ahahaha..

DSC_2162 DSC_2164 Nampak mcm mesra..kan? boleh lah... tapi selalu je si-abang selalu buli adik. Kesian adik. Mungkin jeles kot.. biasa la. Dh gaduh2 baik balik. Hoo..
Apa-apa pun semuga hubungan mereka berdua akan kekal akrab sampai bila-bila. Adik-beradik yg bersatu membawa keluarga bahagia. (pepatah baru) ehe..

Susah ooo nk dapat gamba yg ok. 20 keping jadi-lah sekeping. Mereka tak fokus dalam bidang peragaan. ehe.
DYN_6697 
Any how...ada banyak lagi idea-idea dalam kepala nak buat. ehe. Tapi tak sempat. Hanya menuggu masa dan ketika. See ya later !
Kids banner

Photoshoot Bersama Baby Aaron

Holaaa...
Pada minggu-minggu lalu.. :D ; kami berkesempatan untuk menjalakan sessi photoshoot bersama baby Aaron !!! Selama 2 minggu tertunda akibat kesibukan dan cuaca yang tak menentu, akhirnya dapat dilaksanakan...yeeehooo
http://www.smileycodes.info
Baby Aaron merupakan anak ke-dua kepada Pn Sulyza dan En Alfian.
DYN_6778
Pengalaman kami bersama baby Aaron..pada 20 minit pertama, 1st time bertemu mata la katakan..hehehe..Aaron kaku se kaku nye. Letak di bawah, langsung tak bergerak. panggil punya lah pangil dia jeling je. hooo...punya la jual "mahal". Malu-malu kucing gamaknye hehehe...
Tapi setelah 20 min berlalu...kami dh mesra !! ;D 
Baby Aaron dah boleh bagi pose dan senyum..haaaaaa..itu yg kami mahu. So far Alhamdulillah semua ok. Dapat juga hasil "menoreh" hari tu. ehee.
DYN_6805 DYN_6787 Cuma kakak Aaron yang sampai ke sudah malu-malu. ehe. umpan ambil gambar dgn adiknya, baru lah boleh bergambar. Gambar solo? Tak mahu nye dia.. ehehe..
DYN_6817 Okie dokie...that all the updates that i have for now. Being busy with my primary works. so call "busy". hahaha.. For those interested to capture your family momment at minimum price, can click below image for details..till then, c u later !! daa..
Kids banner

Salam Idul Fitr & Salam Merdeka

Hola...
Lamo ee tak posting. xdok idea ;) Last posting kalau tak salah bulan Julai yang lepas. HAH ! dah 3 bln yg lalu..hahaha.... mmg lemau. Tp apa pun rasanya masih belum terlambat kalau nak ucapkan Salam Idul Fitr dan Selamat Menyambut Hari Merdeka Janji di tet tet tet... :D

DYN_5787

So pasting kali ni nk citer aku kene ke sambutan hari kemerdekaan negeri johor di kluang. Mula2 mmg xnk pegi...huh ! Tgk nama dah kene petik !!!

http://www.smileycodes.info

Kena la pegi. kalau tak susahhhh..~ Aku mmg malas nk pegi tempat2 yg kene bergasak ni. Rimas dowhhh.. haha.. tp ok la..aku tak penah pegi, so ade la chance nk amek gambo. tangan pn dh gatal2 lama tak shot..hehe...berikut adalah sekeping dua. Dh lama tak shoot event, lupa pot2 penting...chet..dapat la gambar yg ntah pape. haha..

DYN_6220

DYN_6275

DYN_6304

Ok laa..mula2 perbarisan bende2 kempen parti politik. Bosan ~~~ last2 baru kluar bomba etc. Yg tu je yg kool. Aku asyik tgk, smpi gamba xde sgt sbb asyik tgk lori bomba.. hahaha..

DYN_6264

DYN_6429

DYN_6257

Service masih dibuka. Pada yg berminat boleh klik link dibawah untuk maklumat lanjut. yippieeee....

Kids banner

2012 MRC

yeeehaaa... 
http://www.smileycodes.info
Malaysian Rally Championship kembali pada 2012 lagi. Acara berlangsung 13-15 July yang lalu. Tahun ini bermula pada tempat yg sama di Angsana dan di teruskan di sekitar Ladang Tai Tak, Kota Tinggi.
Bagi kenbanyakkan komeraman tegar ini adalah acara yang di tunggu. Walaupun tak berbayar tp "thrill" dia membuatkan ramai yang turun untuk shooting!!!

Emm..tapi tahun ni aku lemau sikit lorr..hahaha. Entah lah. tak se-xcited seperti dulu. Tapi mengingatkan kembali ke"best"san menge"shot" rally, aku pegi juga. Memang tidak menghampakan. Pengalaman yg akan aku tagih lagi utk 2013 !! sudah mesti !!

DYN_5533

Tgk gambar kawan2, rasa tak best pulak gamba aku. hahaha...tak pe...tahun depan akan aku cari gamba yang best. InsyaAllah, dipanjangkan umur, di murah kan rezeki, aku akan turun lagi utk Rally !!!

DYN_5572 DYN_5599 DYN_5583

Masing-masing ada cara, ideologi, teknik persembahan yang nak disampaikan. Aku agak lama berkomera, tp mindset nk background clean, bersih, gamba sharp buat aku stick pada teknik lama. hahaha...oldskool yg xbleh belah. cam shoot wedding plak. nasib tak setup flash. hehehe...

DYN_5610

Apa pun terima kasih pada rakan2 yang sudi teman dalam kebun. (aku kalau tak bertaman malas nk pegi, sbb bosan duk sorang2. hahahaha....)

Adiyoss

Balik Kampung

Yeaaaa..Cuti skola. Aku plak terlebeh xcited. Bukan apa..kalau tgk masa, kali terakhir aku balik kampung pada bulan 5thn lepas. Sooo skrg bulan 5, maknanya dah stahun tak balek.??!!!! ape cer org kampung?
matalamat utama nak balik sebenarnye pun sbb dah lama perut ni tak rasa masakkan org kampung... perghh..rindu nasi berlauk, keropok lekor, pasar tadi, mee sup perut...perrghh makn makan makan..hahaha
http://www.smileycodes.info
wooo tak sama wooo..sampai skrg mulut ni tak serasi ngan masakan org Johor. Makan tu makan tapi xde nikmatnye la..hahaha..
So kami balik kampung selama seminggu. YEAAA..sronok cuti. Kami mengambil masa 15jam tuk sampi. Itu lah standard kami bawa kereta. lama gler. hahaha..ape tidak nye, asyik berhenti makan, tido, lepak, amek gambo etc etc. 
http://www.smileycodes.info
Di kesempatan ada juga kami cuba studio kawan..amek le gambo bebudak ni. punya la susah nak amek gambo. hahaha...so ada la sedikit hasil. jengggg
Ayesha Nureena umur 8 bulan !!!Cute tak? 
http://www.smileycodes.info
DYN_4977 copy DYN_4981 DYN_4988
Actually tak plan pun nak amek gabo. sbb tu semua pakai baju paling tak comel. hahahaha
Nak gi tukar baju dah malas dah nak patah balik, so yang ini pun jadi lah....Sweet sgt tgk gamba adik beradik ni. Hopefully they can be a great sibling!!! 

Yang lain kami jalan2 sekitar pasar-pasar tani etc. Lama tak jenguk. Saja cuci mata. Bini cuci duit, laki cuci lensa je..hmmm Kopak !!!!
DYN_5031 DYN_4946 DYN_5010
Sronok tgk makcik-makcik meniaga. Tanpa mengharap belas kasihan org lain, mereka berusaha menjadi peniaga. Demi mencari rezeki yg halal. Tp ade je mereka yang tubuh badan sihat malas berusaha. Hanya suka meminta-minta !! Memalukan..
Meniaga sayur, tapi gelang sampai ke siku..hahaha...berkat usaha gigih !
Setelah seminggu bercuti, time tuk balik Johor. Bosan nyeeeeee...lemau dah badan. hahaha. so OTW balik jupa la lokasi best. dah lama "aim" nak shooting kt sini. sempat la amek dua tiga keping gambo. Ni hasilnya...
DYN_5068
Apa pun cuti memang sronok. tak sabar nak balik raya pula....teruskan bergamboo !!!! 
Sapa2 minat nak ambil gamba anak2 atau gambar keluarga, hubungi lah saya..ok?? ;) click gamba bawah ini untuk maklumat lanjut.

Kids banner

Masa & Usia : mode bebel

Berkata berkenaan dengan usia..adakah kita sedar bahawa masa berjalan...dan dalam waktu yang sama ia memakan "usia" yang ada pada kita. Pernah tak kita terfikir bahawa kita akan sampai pada keadaan kita sekarang? hmmm...bagi aku kenkadang aku terfikir...macam tak percaya bahawa masa itu sangat cepat berlalu. Saaaaannggaaattt cepat. Ye lah...dalam jiwa rasa macam masih muda...
http://www.smileycodes.info
tapi hakikatnya sekarang dah ada anak dua...ada keluarga...etc. Kadang2 terfikir jugak.....
" Is this me?, is this me who am i now? a father? really? "

Secara jujurnya, pengalaman sendiri pada awal2 dapat anak pertama dan kedua aku tak rasa apa-apa. Seronok tu memang seronok. Siapa tak seronok dapat cahaya mata sendiri. Zuriat sendiri. Tapi perasaan itu tak lama..terus lama kelamaan jadi macam biasa. Sebagai perumpaan, macam kita makan. sedap hanya di mulut..bila makanan yang di makan tu dah sampai ke perut rasanya sudah tiada. betul tak?

2-3 hari kebelakangan ini aku terdetik..woahhh...this is my last year as 2 series..coming on to 3 series..and my head cant stop thinking, is this true? Sebagai bukti...badan dah menunjukkan simtom di mamah usia. Kalau dulu sarapan entah kemana, makan tengah hari entah kemana sampai petang steady jeee...Tapi sekarang..pukul 9 perut dah menyanyi-nyayi mahu di isi...pukul 6 menyanyi lagi...

Conclusion that i can made is....Im no young ne more T_T. LOL this is what we call middle age crisis. Really? LOL

Anyhow..baik lambat sedar dan akhirnya sedar dari tak sedar langsung..ye tak..hahahahaha..Somehow when I saw my kids getting bigger, older, tougher etc etc..makes me realise : I HAVE TO ENJOY THIS MOMENT.  becoz you all know that we cant turn back the time. Jika kita lihat balik perumpaan makan tadi....kita kena betulkan objektif akhir makan tadi. Kita makan bukan untuk rasa sedap itu..tapi untuk rasa kenyang. Samalah juga dalam kehidupan, bukan nak rasa seronok semata-mata tapi nak bahagia dunia akhirat. betol tak?? (main blasah je punye falsafah..hahaha) anyhow..aku bersyukur aku mempunyai hobi fotografi kerana aku dapat merakam saat-saat bahagia anak-anak aku membesar..Jom lihat gambar terbaru mereka..
DSC_1312
DSC_1393
DSC_1358
DSC_1335
DYN_3943

DYN_3927

ingin merakam gambar meraka bersama saya??

Kids banner