awokpenyu

@ awokpenyu.photography (JM0584257-H)

Showing posts with label Annoucement. Show all posts
Showing posts with label Annoucement. Show all posts

Selamat Tinggal ~ Selamat Datang

Salam...masa menaip ni; jam menunjulkan jarumnya pada no 11. Tinggal lagi satu angka untuk kita meninggalkan tahun 2010 yang pergi takkan kembali dan kita masuk ke tahun yang baru 2011. Byk kenangan manis, pahit, payau, masin dah kita semua lalui sepanjang 365hari neh. Mana yang indah itu, catitkan lah dalam diari minda kita semua untuk di kenang selamanya. Mane yang pahit tu kita jadikan sempadan dan pengalaman hidup untuk kita terus maju.

~~ eh byk plak berceloteh. :)

Apa azam anda untuk tahun 2011? Rancang dengan telita apa yang ingin di capai dan senarai pendekan langkah-langkah yang boleh disusun dan di gerakan untuk mencapai azam itu. InsyaAlah. usaha dan doa yang istiqomah boleh membuahkan hasil.

DYN_0060 copy

Kami di awokpenyu.photography beriltizam untuk memberikan lebih nilai tambah pada pelanggan kami. insyaAllah, kami akan sentiasa menambah baik dari segi kualiti, teknikal dan pengurusan agar menjadi yang terbaek di kalangan yang terbaek. Itu yang dikatakan adat dunia "everyone must start from somewhere". So as now, we are marking our journey to success. InsyaAllah !

comparison
So ape citer gamba di atas? hehehe..saje. malam-malam hari terakhir ni selak album-album lama. dah lama nak buat comparison neh, tapi asyik terbantut je. so ape cer??? ada iras tak? hehehe...

photographer baru

photographer baru

Jadi, Selamat Tinggal 2010. kan ku bawa kenangan bersamamu ke akhir hayat. Selamat Datang 2011. semoga kehadiranmu membawa sejuta kebaikan di dunia dan di akhirat. amin !

Fotografi Perkahwinan


banner besar


Pakej perkahwinan 2011 kini dibuka. Pelbagai pakej yang disediakan bermula dari "asas" hingga pakej eksklusif. Semuanya untuk anda. Anda juga boleh mengubahsuai pakej yang disediakan bagi memenuhi kehendak bajet anda tersendiri. Untuk maklumat lanjut sila hubungi :- 

Email : awokpenyu@yahoo.com
Tel: 019.9844010

CUSTOM ALBUM

Berikut adalah contoh design layout album (bahagian dalam) bersaiz 10"x24". Design layout adalah mengikut kehendak pelanggan.
shikin.shamsul

shikin.shamsul 1

hafifi.mailiza

dila.shahrul 2

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

1. contoh album yang dihasilkan 20 muka bersaiz 10"x24" dengan muka hadapan berserta kaca (acrylic)
contoh album luar

contoh album dalam

2. "Megazine Sticky Album" @ album lekap untuk gambar 4R/3R    40 muka
contoh sticky album depan

Mockup Album

DSC_6834

3. contoh salinan cd yang di beri kepada pelangan. Foto yang diberi adalah tidak terhad dan didalam format jpeg
cds

Untuk sebutharga dan sebarang pertanyaan boleh email terus ke alamat dibawah atau dengan menghantar borang pertanyaan dengan menekan ikon dibawah.

Email : awokpenyu@yahoo.com
Tel: 019.9844010

question_button-7761841

Promosi Disember

Diskaun 30% bagi cucian berbingkai pelbagai saiz untuk bulan Disember 2010. 

              Wood frame with laminated photo 11”x14”                        
              Wood frame with laminated photo 16”x20”                        
              Wood frame with laminated photo 16”x24”                        
              Wood frame with laminated photo 20”x24”                        
              Wood frame with laminated photo 24”x30”                        
              Canvas poster laminated 15”x15”                        
      
dan banyak lagi..              

 

anigif

Majukan sebarang pertanyaan ke:

Email : awokpenyu@yahoo.com
Tel: 019.984.4010

Revolusi di..awokpenyu.com


tinggal lagi 4 jam ;)..
Damn..the clock just past 11.00pm. and we still on 9th October. my eyes getting itchy and i cant stop yawning...whoaaaahhh..so to spoil the mood here goes.
So what about "revolusi" anyway? below are the thing that i wish and would like to do to strengthen my blog in terms of content primarily and increase my blog reader. hoh!

Here we Go!!
1 - i will upload more photo during each of my posting since a lot of out there didn't know how to browse using flickr. not i lazy before but im just concerning on the limited space given by blogger lah.

2 - i will write more in Bahasa. Oh lupa..bermula sekarang kerana pasaran sasaran saya adalah didalam negara. Namun sedikit sebanyak artikel masih lagi ditulis in English you knoee... ;)

3 - pelan 2 tahun adalah meningkatkan jumlah pengunjung kepada 10,000 20,000 orang dan >1000 pengikut dengan menjalankan dan menganjurkan pelbagai aktiviti dan promosi yang lebih agresif.

4 - meningkatkan daya saing jurugambar sampingan dalam dunia fotografi dengan member servis yang bagus dan kualiti yang terbaekkk..

Ini adalah perancangannya. Segala terdaya akan dilakukan dan selebihnya terserah kepada yang Maha Esa. Apa yang penting kita berusaha...Chiiiokk!!!

Wallahu'allambissowab.

Al Fatihah

Al Fatihah..buat arwah bonda yang tercinta. Bonda telah pergi meninggalkan kami pada Ahad, 27 Septermber 2009 bersamaan 8 Syawal 1430H di Hospital Kota Tinggi Johor. Semoga roh bonda dicucuri rahmat. Saya dengan rendah diri mewakili pihak keluarga memohon kepada para pembaca untuk menghadiahkan seikhlasnya Al-Fatihah kepada bonda kami, Tuan Kamilah Binti Syed Mohd Noor. Sumbangan tuan-puan untuk bonda kami ucapkan ribuan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa tuan-puan yang budiman. Terima Kasih.