awokpenyu

@ awokpenyu.photography (JM0584257-H)

Selamat Tinggal ~ Selamat Datang

Salam...masa menaip ni; jam menunjulkan jarumnya pada no 11. Tinggal lagi satu angka untuk kita meninggalkan tahun 2010 yang pergi takkan kembali dan kita masuk ke tahun yang baru 2011. Byk kenangan manis, pahit, payau, masin dah kita semua lalui sepanjang 365hari neh. Mana yang indah itu, catitkan lah dalam diari minda kita semua untuk di kenang selamanya. Mane yang pahit tu kita jadikan sempadan dan pengalaman hidup untuk kita terus maju.

~~ eh byk plak berceloteh. :)

Apa azam anda untuk tahun 2011? Rancang dengan telita apa yang ingin di capai dan senarai pendekan langkah-langkah yang boleh disusun dan di gerakan untuk mencapai azam itu. InsyaAlah. usaha dan doa yang istiqomah boleh membuahkan hasil.

DYN_0060 copy

Kami di awokpenyu.photography beriltizam untuk memberikan lebih nilai tambah pada pelanggan kami. insyaAllah, kami akan sentiasa menambah baik dari segi kualiti, teknikal dan pengurusan agar menjadi yang terbaek di kalangan yang terbaek. Itu yang dikatakan adat dunia "everyone must start from somewhere". So as now, we are marking our journey to success. InsyaAllah !

comparison
So ape citer gamba di atas? hehehe..saje. malam-malam hari terakhir ni selak album-album lama. dah lama nak buat comparison neh, tapi asyik terbantut je. so ape cer??? ada iras tak? hehehe...

photographer baru

photographer baru

Jadi, Selamat Tinggal 2010. kan ku bawa kenangan bersamamu ke akhir hayat. Selamat Datang 2011. semoga kehadiranmu membawa sejuta kebaikan di dunia dan di akhirat. amin !