awokpenyu

@ awokpenyu.photography (JM0584257-H)

Firdaus Akmal Solemnization

28 November 2010 adalah hari bermakna buat adik kembar kami, Firdaus Akmal atau name glamourye Fabo. Fabo telah selamat di ijabkabulkan dgn jejaka pilihannya, Na'amam Jaafar. OOhh..tarikh ini juga adalah tarikh bermakna buat kami, sambutan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-2 *wink*. Dua hari kami di Kluang membantu mana yang boleh menguruskan majlis ini.

lafaz

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, walaupun hujan turun dengan lebat. Persembahan kompang dan silat sangat menarik dengan hiasan kemah, wow ade air pancut! hehe... Terkasima Aiman tgk persembahan kompang. Apapun, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua pengantin. Semoga bahagia selamanya.

DSC_0592

DSC_0520

DSC_0576

DSC_0601

anigif

DSC_0614

DSC_0553 copy

DSC_0497

DSC_0486

3 "abdul"

tokey goodie

Promosi Disember

Diskaun 30% bagi cucian berbingkai pelbagai saiz untuk bulan Disember 2010. 

              Wood frame with laminated photo 11”x14”                        
              Wood frame with laminated photo 16”x20”                        
              Wood frame with laminated photo 16”x24”                        
              Wood frame with laminated photo 20”x24”                        
              Wood frame with laminated photo 24”x30”                        
              Canvas poster laminated 15”x15”                        
      
dan banyak lagi..              

 

anigif

Majukan sebarang pertanyaan ke:

Email : awokpenyu@yahoo.com
Tel: 019.984.4010

Puteri Harbour Outing

22hb November 2010 adalah hari keputeraan DYMM Sultan Johor. Memandangkan kami tak jalan jauh, dari bosan duduk terperuk dlm rumah :D kami buat keputusan utk ke Puteri Harbour. Lagi pun tak penah pegi lagi; pusat kerajaan negeri Johor yg baru nih. Tempatnya adalah iras-iras abang tirinya, Putrajaya :p

DSC_0396

Lokasi yang cantik bagi mereka yang ingin mengambil gambar potret keluarga dan perkahwinan. Unik dan ekslusif. Tapi ia nya terletak sedikit (err...sikit ke?) jauh dari kawasan kejiranan. Jika dibandingkan dengan Putrajaya, kawasan sekitarnya penuh dengan rumah kediaman. Tapi tidak bagi Puteri Harbour.
Jadi di sana kami layan model solo kami nie...enjoy :)

DSC_0383

DSC_0351

anigif

DSC_0362 (2)

DSC_0416

DSC_0418

Cereka buah hati

Minggu depan genap anak sulong kami 1 tahun 2 bulan. Cepat betol masa berlalu. Sronok jadi ayah ni :) tp kadang2 ada tensionnya melayan karenah nangis budak kecik. hehehe.. tapi apa pun yang berlaku, kasih sayang seorang ayah semakin menguntum ~~ serius sronok layan budak. Lain rasanya layan anak sendiri dengan anak org lain.
DSC_0366

DZU_0123
Jadi hari ini cadangnya hari ni kami ingin jalankan sesi bergambar Naqeeb dengan kawannya Ahardiyat (link); kononnya sambungan cerita yang lalu. Nasib kami kurang baik kerana cuaca tidak mengizinkan.

Hujan renyai-renyai dan keadaan awan dan cahaya yang sangat kurang menghalang niat kami. Maka kami batalkan hasrat kami dan meneruskan sahaja sesi bergambar solo Naqeeb. Sekali lagi malang tak berbau....Hoooo kamera pulak yang rosak!! memang sudah dijangkakan usianya sudah sampai waktu untuk di servis..duit ooo :D apa nak buat...servis aje la banggg!!!

anigif

Sempatla jugak ambil gamba skeping dua sebelum ia betol2 dan kene servis. Selalunya bawa 2 kamera, tapi kali ni xde backup. So pulanglah kami dengan hati yg sedikit kechewaa..hoo. Will back sooner....
DZU_0137

 

 

Fina & Andika

Selamat pengantin baru buat Fina dan Andika! ajlis mereka berlangsung di Taman Molek, Johor Bahru. Majlis yang cukup meriah dilangsungkan 2 hari 2 mlm!! phewww penat :) Bermula di pagi Jumaat dengan majlis akad nikah dan pada petangnya pula sesi bergambar salinan baju. Malam diteruskan dengan marhaban dan majlis berinai yang dihadiri ramai sanak saudara.Keesokkan pagi program diteruskan dengan majlis khatam alquran bagi pihak pengantin perempuan, dan acara kemuncak adalah majlis per sandingan mereka di sebelah petangnya.

Kami di warga awokpenyu mwngucapkan Selamat Penganti Baru buat mereka. Moga bahagia ke akhir hayat. Amin!
DSC_0062

DSC_0133 copy

DZU_0085

DZU_0192 copy

DZU_0307

DSC_0333

Salam Aidil Adha

Salam siaran...( cehhh..cam dlm radio plak :p ). Alhamdulillah kita dipertemukan lagi sekali untuk menyambut Hari Raya Korban@Aidil Adha. Untuk tahun ni awokpenyu beraya dikampung mertua yg terletak 10km dari rumah!!! :D Tak dapek nak balik kampung ganu...ade planning lain ;) so ok la raya kt kampung jugak kan.

Belum terlambat kiranya awokpenyu ingin mengucapkan salam aidil adha pada rakan-rakan sekalian. Makan daging berpada-pada ya..nanti takut kena gout susah.. ;) Akhir kata, pada mereka yang beraya jauh memandu lah berhati-hati. Semoga selamat sampai dan selamat kembali.